Ahad, 19 Jun 2016

Sambungan Cara-Cara Mendaftar Secara Online di MYKKP

Saya buat berlainan post sebab tidak mahu berlalu kekeliruan / overload information dalam satu post


Step 3:

-Pergi ke laman web http://mykkp.dosh.gov.my dan pilih menu PENDAFTARAN
-Isi maklumat peribadi anda
-Untuk pemilihan ID Username dan Password, anda boleh menggunakan nama anda + 6 digit nombor kad pengenalan anda
    > Contoh: ID Username: mamat880629
                     Password: mamat035545

-Setelah semuanya selesai anda perlu verify akaun MyKKP anda menggunakan email anda




Step 4:

-Pergi ke laman web http://mykkp.dosh.gov.my dan pilih menu LOG MASUK
-Log masuk akaun anda menggunakan ID Usernama dan Password anda
-Pilih pautan OYK Operator Kren >  Bergerak


-Upload gambar passport anda dan lengkapkan data-data tentang diri anda
-Kelayakan Akademik
-Pengalaman Kerja
-Kursus Berkaitan
-Sijil Kompetensi
-Dokumen Sokongan (lihat dibawah)
-Maklumat Perubatan
-Perakuan



Step 5 (Dokumen Sokongan):

-Upload dokumen-dokumen yang telah anda scan dalam format PDF di dalam table yang disediakan
-Klik pada Salinan Kad Pengenalan untuk meng'upload' dokumen PDF anda dalam table tersebut
-Klik pada Surat Pengesahan Majikan untuk Meng'upload' dokumen PDF anda dalam table tersebut
-Cara yang sama sehingga selesai untuk upload Laporan Perubatan dalam table tersebut



-Tick pada perakuan dan submit permohonan anda



Step 6:

-Pergi ke Dashboard akaun anda, klik pada Permohonan Baru untuk melihat status permohonan anda



-Sekiranya permohonan anda lengkap, anda boleh melihat status permohonan anda di sini



-Sekiranya permohonan anda telah lulus, anda akan mendapati pada menu Baru akan kosong. Anda perlu ke menu Lulus untuk melihat dokumen / lesen anda



Step 7:

-Setelah permohonan anda telah lulus, anda perlu pergi ke pautan Surat / Sijil / Resit untuk mendapatkan lesen anda





-TAMAT-





Cara-Cara Mendaftar Secara Online di MYKKP untuk Kren Operation

Assalamualaikum dan sejahtera.

Ramai komplen tentang sistem baru untuk pendaftaran atau pembaharuan lesen Kren operation.
Oleh itu, saya akan cuba bagi tutorial step by step terutama bagi pendaftaran baru.
Saya akan try bagi tutorial seringkas yang mungkin

Step 1:
-Lulus exam NIOSH (sistem baru dari pihak DOSH - Sesi 1/2016)
-Dapatkan Sijil Tamat Latihan dari pusat latihan anda. Contoh: Akademi Binaan Malaysia


Sijil Tamat Latihan
Sijil NIOSH

Step 2:
-Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan dalam bentuk softcopy (perlu scan berwarna)
-Hanya gambar passport sahaja perlu dalam format .JPG
-Dokumen-dokumen lain WAJIB dalam format .PDF
-Dokumen/softcopy yang diperlukan ialah:

RINGKASAN:
1. Gambar passport
2. Salinan Kad Pengenalan
3. Surat Pengesahan Majikan / Surat Pengesahan Tidak Bekerja
4. Sijil Asal Kursus Operator Kren
5. Sijil Asal Lulus Peperiksaan Kren Daripada NIOSH
6. Laporan Perubatan / Medical Report


PENERANGAN:
  1. Gambar passport (background biru)






Gambar candid, background selain dari warna biru tidak dibenarkan






    2.  Salinan Kad Pengenalan muka depan dan belakang














   3.  Surat Pengesahan Majikan @ Surat Pengesahan Tidak Bekerja
        -adalah lebih bagus sekiranya anda mempunyai Surat Pengesahan Majikan
        -sekiranya anda masih tidak bekerja, anda perlu mengisi surat ini dan scan untuk di hantar kepada JKKP
        -klik di sini untuk mendownload Surat Pengesahan Tidak Bekerja        


   4.  Sijil Tamat Latihan (seperti gambar di atas)


   5.  Sijil NIOSH (seperti gambar di atas)


   6.  Laporan Perubatan
        -klik untuk mendownload Laporan Perubatan JKKP.pdf
        -anda perlu berjumpa Doktor untuk melengkapkan laporan perubatan anda (bayaran dikenakan)
        -setelah lengkap, anda dikehendaki untuk scan setiap helaian surat tersebut dalam format PDF



Contoh helaian Laporan Perubatan (medical report)



Untuk step seterusnya sila buka post lain